Kahwin Itu MUDAH!
MUDAHNYA KAHWIN MENGIKUT AJARAN ISLAM
Adat dan Melayu berpisah tiada. Begitulah juga kita dalam perkahwinan ni. Banyak pantang larang dan adat yang harus di ikut dan di amalkan oleh kita. Adat turun temurun nenek moyang dalam perkahwinan banyak sebenarnya ada yang amalkan dan ada yang tidak. Tiada salah kita sebagai bakal pengantin ikut atau tidak adat yang telah di turunkan oleh nenek moyang kita. Ada yang berpendapat harus di mulakan dengan merisik ada yang cakap merisik itu tidak perlu tapi tu semua terpulang kepada kita.
Islam itu mudah begitu juga nikah. Islam mengajar kita kahwin itu mudah tapi boleh saja untuk kita menjaga adab Melayu contohnya merisik dan bertunang. Bagi yang tidak mampu janganlah meyusahkan diri sendiri dan pasangan cukuplah petemuan santai antara kedua belah keluarga sekiranya tidak mampu melangsungkan majlis. Bertunang bukan syarat wajibnya dan dalam islam juga mengajar kita untuk tidak menguar uarkan pertunangan cukup lah orang dekat sahaja yang tahu.
Manakala untuk hantaran dan juga duit hantaran janganlah ahli keluarga mendesak dan meminta luar jangkaan yang menyebabkan pihak lelaki tidak mampu untuk memberi. Cukup lah sekadar yang boleh kerana masih panjang lagi perjalanan mereka selepas berkahwin. Tidak salah sekiranya pihak perempuan meminta wang hantaran yang tinggi tetapi biar lah nilai itu nilai yang mampu di beri oleh pihak lelaki.
Untuk dulang hantaran pula, itu hanyalah sekadar adat kita. Nak bagi boleh tak bagi pun boleh tapi tak salah sekiranya di sediakan sedikit untuk pasangan kita dan menganggap itu adalah hadiah buat pasangan dan di cadangkan biarlah hantaran adalah barangan yang di guna dalam kehidupan seharian.
Buat ahli keluarga kedua belah pihak harap tidak membebankan bakal pengantin dengan adat yang perlu di ikut. Ya betul kita orang Melayu ada tatasusilanya tapi jangalah menyebabkan bakal pengantin rasa tertekan dengan permintaan oleh ahli keluarga contohnya megharapkan kenduri yang besar besaran mungkin anak bongsu jadi harus di buat dengan meriah. Sebenarnya tak kisah anak bongsu atau pertama kedua asalkan hal ini tidak menyusahkan bakal pengantin nanti. Terkadang ada ibu bapa yang ingin menjaga air muka jadi harus di buat majlis besar bearan. Salah sebenarnya andaian tu. Andai kata pasangan pengantin tidak mampu lakukan majlis yang besar bagaimana kerana kekangan kewangan? Oleh itu ibu bapa harus memahami juga ekonomi anak-anak mereka sebelum membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu pengantin, keluarga pengantin dan juga orang sekeliling perlu ambil tahu untuk memudahkan majlis nanti:
- Untuk wang hantaran seeloknya kedua-dua belah pihak pengantin berjumpa dan berbincang mengenai hal ini dan sebaiknya juga biarlah wang hantaran tu nanti tidak berlebihan dari pihak lelaki mampu memberi. Terkadang ada yang meminta wang hantaran yang tinggi sehingga pengantin lelaki terbeban untuk menyediakan dalam waktu yang singkat tetapi tidak salah juga kerana wang itu juga yang akan di guna untuk hari mendatang selepas berkahwin. Apa yang penting tidak membebankan.
- Berkaitan majlis pula buat mengikut kemampuan tapi jangan la tak buat langsung dan buat secara kecil-kecilan pun dah cukup dengan keadaan sekarang ni. Jemputan tidak perlu sampai sekampung cukup sekadar yang dekat dan saudara mara.
- Dulang hantaran ni hanyalah sekadar adat dan apa yang penting akad nikah dan juga mas kahwin tapi kalau bagi apa salahnya kan. Hantaran boleh di anggap sebagai hadiah buat pasangan kita tapi kalau tak mampu tak apa sebab hantaran bukanlah benda wajib dalam perkahwinan Islam.
- Busana pengantin, pelamin, MUA, photographer dan PA System boleh di pertimbangkan dan benda ni tidak lah memudaratkan kalau tak ada kan? Tapi tak salah kalau pengantin mampu menyewa kesemua benda ni. Nak lagi jimat boleh DIY pelamin dan untuk baju pengantin boleh jahit sendiri. Kalau ada duit lebih nak lebih cantik boleh jer sewa dari vendor atau dapatkan khidmat Wedding Planner.
Pakej murah dan lengkap di Lugar De La Boda. Kami akan aturkan majlis bakal pengantin kami dari A sampai Z. Jangan risau sepanjang musim PKP ni kami akan menyediakan pakej yang mematuhi SOP dan sepanjang majlis juga kami akan menjaga SOP yang telah di tetapkan. Untuk SOP sepanjang berada di majlis boleh baca entri kami di sini