Tips Mudah Menabung Untuk Hari Pernikahan Bakal Mempelai !!

 

Ramai pasangan pengantin inginkan yang terbaik pada hari bahagia mereka dan semestinya yang terbaik juga untuk para tetamu dan saudara yang bakal hadir pada hari tersebut. Banyak benda yang perlu di atur dan di lakukan supaya majlis pun berjalan dengan lancar tanpa sebarang cacat cela. Untuk sesuatu keraian perbelanjaan sangat menjadi keutamaan. Orang cakap tak ada duit tak jalan! Yes betul tu dan kita sebagai tuan rumah jua perlu memberikan layanan dan sajian yang memuaskan untuk para tetamu yang bakal hadir nanti. Dalam kos perbelanjaan kahwin ni kedua belah pihak baik perempuan mahupun lelaki memainkan peranan yang sama. Yelah kita yang nak kahwinkan jadi ongkosnya pun mestilah dari duit kita sendiri lain la kalau ada yang sponsor kan.

Dalam perbelanjaan kahwin ni jangan la kita terlalu boros dan berbelanja lah mengikut bajet dan kemampuan. Ada beberapa tips sebenarnya untuk kita dan juga pasangan berpakat menabung dan menyimpan untuk perbelanjaan kahwin dan juga selepas kahwin nanti. 

1 – Kerja

Jangan sebelah pihak sahaja yang bekerja sebab yang nak buat majlis nanti kedua belah pihak akan memain peranan baik perempuan ataupun lelaki. Terkadang ada salah satu dari pasangan yang tidak mendapat kerja tetap. Why not try another option! Contohnya boleh jadi dropship jadi dari situ boleh kumpul sikit demi sikit. Memang tak banyak pulangannya tapi at least kita tunjuk effort kita untuk kumpul duit bersama.

2 – Simpanan

Kalau korang jenis kaki Twitter mesti perasan kan ramai yang share tips nak menabung duit kahwin dalam masa setahun atau dengan cara singkat. Terkadang ada yang sanggup ikat perut untuk simpan duit. Nak cara mudah boleh ikut tips ni

1 haribulan – RM 1
2 haribulan – RM 2
3 haribulan – RM 3
4 haribulan – RM 4
5 haribulan – RM 5
6 haribulan – RM 6
7 haribulan – RM 7
8 haribulan – RM 8
9 haribulan – RM 9
10 haribulan – RM 10
Buat sampai 30 haribulan – RM 30

Di jumlahkan semua dapat RM465 dan kalau kedua belah pihak sama-sama menabung jadi 1 bulan dapat RM930. Kalau menabung setahun dapat RM11,160. Nak lagi okay boleh digenapkan RM12,000. Sekiranya ada pasangan yang menabung selama tempoh 2 tahun lagi digalakkan. Duit selebihnya boleh digunakan untuk di kemudian hari selepas kahwin.

3 – Loan

NOPE! Jangan sesekali menggunakan jalan mudah dengan buat loan semata untuk majlis yang gah macam Wedding of the Year gituhh. Cukup la sekadar yang mampu. Daripada buat loan baik kita menabung. Loan ni mungkin kita boleh guna untuk beli rumah nanti untuk keluarga. Ramai yang ambil jalan mudah dan cepat dengan membuat loan. Harap ibu bapa pihak pengantin tidak mendesak mereka untuk mempercepatkan majlis tapi duit kahwin tak cukup lagi mau serabut fikiran dan akan mengganggu emosi bakal pengantin nanti.

4 – Hantaran dan Kenduri

Dalam hal hantaran dan susun atur majlis nanti hendaklah kedua belah pihak saling bertolak ansur. Contohnya keluarga pihak pengantin perempuan janganlah membebani pengantin lelaki dengan meminta wang hantaran yang tinggi dan mengharapkan semua persiapan dari segi kewangan bergantung kepada lelaki sahaja. Kedua-dua keluarga hendaklah duduk semeja berbincang dan bersepakat untuk wang hantaran, dulang hantaran dan lain-lain lagi. Dan janganlah pulak pengantin lelaki meluahkan rasa kecewanya di sosial media kalau pihak pengantin perempuan meminta wang hantaran lebih tinggi dari yang dijangka. Oleh itu pentinya meresik kerena pada hari itu pihak keluarga boleh berbincang dengan lebih lanjut berkaitan majlis nanti.


 

Akhir kata… Harapnya bakal pengantin bijak dalam menguruskan kewangan untuk majlis nanti mahupun untuk persiapan di hari mendatang. Kita kahwin ni bukan untuk 1 atau 2 tahun harapnya berpanjangan hingga syurga. Oleh itu pentingnya perancangan kewangan untuk kestabilan ekonomi dan seeloknya berserdahanalah kita untuk majlis nanti memandangkan pandemik ni pun kita belum tahu akan hilang dan beransur pulih bila. Jaga lah keselamatan diri di waktu dan kala ini untuk yang tersayang. Dapatkan PAKEJ LENGKAP yang murah di LUGAR DE LA BODA PUCHONG