Kahwin Ikut SOP

INI SOP YANG PERLU DI PATUHI SEPANJANG MAJLIS BERLANGSUNG !

Bermulanya pandemik ni menyerang negara kita, banyak majlis yang terpaksa di tangguhkan. Namun SOP telah di keluarkan untuk majlis perkahwinan dan beberapa langkah yang perlu di patuhi oleh rakyat Malaysia sekiranya ingin menjalankan sesuatu majlis. Buat bakal pengantin semua ada beberapa langkah yang perlu di patuhi ketika majlis di langsungkan:

1 – PEMERIKSAAN SUHU

Seperti yang korang tahu suhu normal bagi tubuh badan kita antara 36.0 C sehingga 37.5 C. Setiap kali atau sebelum memasuki ke dewan atau premis yang menganjurkan majlis hendaklah kita sebagai tetamu peka dengan perkara pertama ni.

 

2 – SANITASI TANGAN

Tolong lah sanitis korang punya tangan dulu sebelum sentuh apa-apa barang contohnya seperti di kedai runcit atau mana-mana tempat. 

 

3 – MEMAKAI TOPENG MUKA

Semenjak bermulanya pandemik ini hampir seluruh warga Malaysia akan mengenakan topeng muka sekiranya mahu keluar rumah dan mengunjungi ke mana-mana seperti ke majlis, kedai atau kawasan tumpuan ramai. Menyikut kajian mendapati kebarangkalian untuk mendapat jangkitan adalah rendah sekiranya seseorang itu memakai topeng muka. Sekarang ni kalau korang perasan topeng muka senang di dapati di mana sahaja dan ramai juga designer Malaysia mengeluarkan topeng muka dengan jenamanya sendiri and some of them can pull it as part of their fashion style. Dan buat pengantin pula ramai yang mengenakan toping muka yang berwarna putih ataupun mengikut warna baju yang dipakai nak sedondon katanya baru ada style!

 

4 – PENJARAKKAN SOSIAL

Sebelum ni, kalau korang perasan mesti ramai tetamu yang datang akan bersalam dengan tuan rumah dan pengantin tapi atas nasihat dan SOP yang telah di keluarkan semenjak PKP ni di sarankan tetamu menjaga jarak antara satu sama lain dan kalau boleh tiada persentuhan antara tetamu dengan ahli keluarga dan juga pengantin.

 

5 – SIMPTOM

Okay last sekali, check balik kesihatan badan korang dan kalau ada simptom seperti suhu badan tinggi dari paras normal, sakit tekak yang berpanjangan sehingga hilang deria rasa dan batuk yang kerap sila buat pemeriksaan lebih lanjut dan di sarankan juga supaya tidak menghadiri ke mana-mana majlis atau tempat untuk mengelak virus merebak. Macam yang korang tahu hilangnya deria rasa adalah tanda-tanda utama anda kebarangkalian akan di jangkiti virus COVID-19.


Akhir kata, sama-samalah kita jaga kita yer. Kita pun tak tahu bila virus ni akan lenyap dan mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk hilang. Kes semakin hari semakin meningkat dan kes kematian seluruh dunia juga turut meningkat. Jadi kalau bukan kita yang mulakan dulu untuk jaga diri sendiri siapa lagi kan?